hOt Pic..

Wednesday, August 13, 2008

Alin nikah Datuk 'Y'



pENYAMPAI berita Buletin Utama, Norazlina Redzuan, 37, atau lebih mesra
>>> dengan panggilan Alin di kalangan kawan-kawannya di TV3 khabarnya nak
>>> naik
>>> pelamin.
>>>
>>> Bila sebut Alin nak kahwin ni, Niezam kadang-kadang macam nak percaya
>>> pun
>>> susah, tak percaya pun susah.
>>>
>>> Bukannya apa, sebelum ini kecoh satu Malaya, Alin dikatakan nak kahwin
>>> dengan doktor dan dah siap tempah pakaian pengantin.
>>>
>>> Sebelum tu pada tahun 2004 dia pernah dikaitkan bercinta dengan CEO
>>> (Ketua
>>> Pegawai Eksekutif) sebuah syarikat korporat terkemuka. Malangnya semua
>>> tak
>>> jadi.
>>>
>>> Tapi berita yang nak Niezam sampaikan ini memang benarlah sebab kad
>>> kahwin
>>> berwarna kuning air yang ditempah Alin khabarnya sudah siap. Cuma tunggu
>>> masa untuk diedarkan saja.
>>>
>>> Menurut sumber yang membisik ke telinga Niezam, bakal suami Alin seorang
>>> bujang trang tang tang lagi.
>>>
>>> Jangan bimbang ya. Dia tak akan kebas suami orang. Jadi kepada mak datin
>>> mak datin di luar sana tu, tak payah nak pergi telek, tak payah nak
>>> perasap
>>> kemenyan suami masing-masing.
>>>
>>> Sumber tersebut memberitahu lelaki bertuah tersebut merupakan seorang
>>> Datuk
>>> bernama Y dan merupakan 'big' boss di sebuah syarikat telekomunikasi
>>> terkenal Malaysia.
>>>
>>> ''Memang benar Alin nak kahwin dengan Datuk berusia awal 40-an. Datuk tu
>>> pun kacak orangnya. Kerjaya dia pun boleh tahan juga, Ketua Pegawai
>>> Kewangan syarikat,'' jelas sumber itu.
>>>
>>> Menurut ceritanya lagi, majlis pernikahan Alin akan diadakan di rumah
>>> keluarganya di Kangar, Perlis yang dijadualkan pada 22 Ogos ini.
>>>
>>> Sementara baju-baju pengantin pula sudah siap ditempah di butik Ridzuan
>>> Radzwil.
>>>
>>> Niezam sempat tanya sumber itu macam mana Alin boleh kenal dengan Datuk
>>> tersebut?
>>>
>>> Katanya, hubungan mereka terjadi selepas kedua-duanya dipertemukan oleh
>>> seorang kawan.
>>>
>>> Dari situlah detik percintaan mereka bermula sehinggalah Alin dan Datuk
>>> Y
>>> membuat keputusan untuk mendirikan rumah tangga.
>>>
>>> Patutlah sebelum ini ada laporan mengatakan Alin pergi membeli belah
>>> barang-barang di Indonesia. Barang kahwin rupa-rupanya ya!
>>>
>>> NIEZAM: Pengacara Majalah 3, Nurul Syuhada dengan Mejar Faiz dah 'ready'
>>> ke
>>> nak naik pelamin? Jangan tunggu lama-lama ya nanti dikebas orang.

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home